Tuesday 30 September 2014

vitamin

Vitamin 
maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau SUPPLEMEN (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

sumber : wikipedia.org

Progres

Under maintenance

Monday 29 September 2014

Y-Permulaan-

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah,
saya mengambil langkah untuk mempromosikan supplemen/produk shaklee ini menerusi blog.
sama kita BERKONGSI tips-tips kesihatan untuk manfaat kita. Hidup di zaman yang serba pencemaran tidak kiralah dari segi makanan,kehidupan dan lain-lain lagi. Setiap orang memerlukan supplemen/makanan tambahan untuk menampung apa yang kurang di dalam badan.

terima kasih sudi mengjenguk blog hariharivitamin ini

*HARI HARI SIHAT HARI HARI BAHAGIA
*EVERYDAY HEALTHY EVERYDAY HAPPY